Kelas Ict Membuat Kad Ucapan Hari Raya Menggunakan Canva
17 April 2023 | Aktiviti TerkiniPada 16 April 2023, Ahad - Pusat Ekonomi Digital (PEDi) Batu Gajah,PEDi Lawang dan PEDi Repek telah bekerjasama dengan PEDi Karangan dalam satu perkongsian secara atas talian berkenaan dengan cara membuat kad ucapan hari raya dengan menggunakan aplikasi Canva. Canva menawarkan banyak sumber percuma untuk pelajar dari semua peringkat umur, ibu bapa, guru dan pentadbir sekolah dan daerah mereka. Canva menawarkan beribu-ribu templat pendidikan berkualiti tinggi, percuma untuk mengajar dalam talian dan mendorong hasil pembelajaran.
Perkongsian kelas ICT telah dikendalikan oleh staf PEDi Karangan Pn.Aisha telah menunjukkan cara untuk membuat kad ucapan hari raya yang kreatif dan menarik.Perkongsian tersebut diajar langkah demi langkah bagi memudahkan penonton mengikuti langkah-langkah tersebut. Antara Langkah yang diajar oleh pihak PEDi menggunakan Canva adalah seperti berikut; Buka Canva dan log masuk atau daftar diri untuk akaun baharu menggunakan e-mel, Google atau profil Facebook anda. Cari "Kad" untuk mula mereka bentuk. Pilih salah satu templat kad Canva yang direka secara profesional. Pilih pelbagai acara dan tema bersama warna serta gaya.Aplikasi yang sangat mesra pengguna ini boleh juga dimuatnaik ke dalam telefon pintar anda.
Pihak PEDi berharap, dengan perkongsian selama satu (1) jam ini dapat memberikan manfaat kepada komuniti yang menonton selain dapat menceriakan sambutan Hari Raya Aidilfitri yang akan menjelang tiba.Di akhir perkongsian pihak PEDi menucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada Komuniti.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: